Saturday, October 30, 2010

surat cinta dari abah


Assalamualaikum abah!!!

bukan senang dapat berbual dengan abah lama-lama di kala ini.At the end dapat juga ku kongsikan dengan penuh hemat dan hati-hati.tidak pernah lagi ku kongsikan dengan abah mengenai perasaan hati,berkongsi perkara harian dan pembelajaran sudah acap kali...terlerai sudah,mungkin ia akan tersemat di hati. Emak pengingat diri.tidak pernah jemu dan lalai menasihati.Semakin hari semakin indah ukhwah kasih sayang antara kedua ibu bapa dan anak ini...

terima kasih abah atas peringatan ini...."berjayalah anakku,mungkin engkau belum bersedia...bersabarlah mungkin ALLAH akan beri yang terbaik".

surat cinta dari abah: bacalah doa ini untuk hari-harimu semoga ALLAH permudahkan

Abah membacakan "doa mohon memudahkan pekerjaan"

dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim...abah membacakan doa tersebut di dalam bahasa Arab dan di ikuti terjemahannya....aku menyalin dengan penuh hati-hati supaya tidak tertinggal sedikit pun maksud bagi doa itu.......terima kasih abah...terima kasih emak....walaupun jauh,kasih Allah tidak pernah putus.......


Bismillahirrahmanirrahim

maksudnya "Wahai Tuhan kami,lembutkanlah kami,pada memudahkan tiap-tiap pekerjaan yang payah.Maka bahawasanya,mudahkan tiap-tiap yang payah itu. Atas engkau amatlah wahai tuhan kami.Mudahkanlah segala kerja-kerja kami.Serta berilah ketenangan hati-hati kami dan kesihatan tubuh badan kami.Serta kesejahteraan dan pada agama dan dunia kami.Sesungguhnya Engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu"
Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanataw waqinaa'adzaabannaar

Amin

Wednesday, October 27, 2010

Lady Antebellum, Need You Now

Picture perfect memories scattered all around the floor
Reachin’ for the phone ‘cause I can’t fight it anymore
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It’s a quarter after one
I’m all alone
And I need you now
Said I wouldn’t call
But I’ve lost all control
And I need you now
And I don’t know how I can do without
I just need you now

what i feel

need ALLAH in every second

if i fall-i need ALLAH

please don't let me fall.

give me Strong.

Wednesday, October 13, 2010

if U take my heart


------WILL CONTINUE AFTER FINAL EXAMINATION,WISH ME LUCK =)-------

alhamdulillah,at the end abis juga exam cardiovascular.hope Allah give the best.after 1 month studying in this block.

tajuk kali ni,if U take my heart.bunyi memang akan mentrigger someone untuk membacakan.memang banyak dugaan menjadi seorang manusia.hatinya sentiasa di gugah syaitan.sehinggakan ketika nabi Adam dijadikan,syaitan sangat la marah sehingga membuat perjanjian akan menganggu anak-anak Adam sampai hari kiamat.seperti hati ku jua.Allah yang memegang hati-hati kita.sebab itu kita perlu selalu ingat kepada Allah.

apa akan jadi dalam masa 4 tahun lagi?
ALLAH je yang mengaturnya.

impian setinggi langit.ingin mengerjakan haji dan umrah bersama orang yang di sayangi.ingin menjaga mereka.seperti mereka mengasihani ku.

if U take my heart.biarla orang yang menyayangi kita tidak membawa kita ke lembah neraka.menyayangi kita kerana agama.bukan kerana harta dan pangkat.

abah seorang yang sabar.emak pula sentiasa menutup segala kelemahan yang ada pada orang yang di cintainya.begitulah cinta hakiki.perkahwinan dengan persetujuan keluarga.itulah yang diinginkan pada setiap orang.berbahagia mereka sampai ke syurga.amin.semoga Aku di kurniakan Allah seorang yang beriman.cekal.dan sabar melalui liku-liku ujian dunia.amin

sabar itu indah :)

Monday, September 20, 2010

Anak kecil itu tidak bersalah


Muiz bersama mama tercinta

Ammar bersama ibu yang mengasihinya


Kelihatan ibu-ibu ini sangat menyayangi anak-anak mereka.Seolah-olah ditatang bagai minyak yang penuh.Mana tidaknya bayi dikandung selama 9 bulan.Dengan ikatan halal mengikut syarak dan ijab dan qabul maka terjalinlah hubungan yang halal antara lelaki dan perempuan.Namun begitu masih ramai yang memandang enteng erti sebuah pernikahan.Agama diragukan, syarak dipermainkan.Dewasa ini,terlalu ramai yang melakukan zina,bukan sahaja zina malahan membunuh dan membuang bayi yang tidak berdosa.Tidak kah mereka takut dengan apa yang mereka lakukan??

"Dan janganlah kalian dekati zina.Sesungguhnya perzinaan itu perbuatan keji dan jalan hidup yang buruk" (AL-ISRA : 32 )

peringatan ini bukan untuk diri saya sahaja malahan untuk semua umat islam dan juga yang bukan beragama Islam.Saya percaya semua agama melarang melakukannya.

Teringat lagi,kira-kira 2 minggu yang lepas,ketika itu saya dan sahabat-sahabat yang lain baru pulang menziarahi sahabat yang sakit di sebuah hospital besar di sebuah kota Makassar. Ketika itu kami penat menunggu untuk menaiki pete-pete,namun masih tidak kelihatan.At the end,kami mengambil keputusan untuk menaiki taksi. Kota Makassar memang sangat sibuk dengan kenderaan-kendaraannya.Kelihatan jalan-jalan raya masih lagi dipenuhi.Saya mengambil peluang untuk menikmati keindahan malam ciptaan Allah ini.Tiba-tiba hati ini seperti dipagut rasa hiba.Saya melihat di belakang sebuah lori tanpa bumbung ,kelihatan anak kecil.Umurnya dalam lingkungan 4-5 tahun hanya mengunakan guni menyelimuti tubuh kecil nya. Kelihatan di bahagian di tempat pemanduan ada dua orang dewasa,tidak sedarkah mereka akan kehadiran anak kecil itu.Anak kecil itu hanya duduk diam dan hanya memerhati kenderaan lain di sisi jalan. Terdetik dihati ini,anak siapakah itu,sanggupkah ibu bapanya memperlakukan seperti itu. Seperti dunia sudah haus dengan kasih sayang. Teksi yang saya naiki meluncur laju sambil meninggalkan lori tersebut.Benih-benih air mata sudah mula memenuhi kelompak-kelopak mata.Saya bertanya didalam hati,kenapakah masih ramai anak-anak kecil yang tidak bersalah itu hadir di dunia ini tanpa kasih sayang cukup.



Anak kecil diatas ini sudah besar,
tetapi apa yang saya jumpa adalah kecil sedikit seperti dibawah ini.
didalam karung guni,mencari-cari sesuatu.



Masih ada satu lagi cerita yang saya mahu kongsikan mengenai "Anak kecil itu tidak bersalah".Selang dua minggu selepas melihat anak kecil di atas sebuah lori.Saya masih lagi mendapat pengalaman yang amat memilukan hati. Apa tidaknya mereka hanya sebaya anak buah saya di Malaysia,kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa mereka mencukupi berbanding apa yang saya hadapi.Mereka hidup tanpa ibu bapa.Menjual surat khabar di kesesakan lalu lintas,meminta sedekah di tepi-tepi jalan.Bersyukurla kita,kerana masih ramai lagi yang hidup dalam serba kekurangan.Janganlah kita bersikap angkuh dengan secebis kekayaan yang Allah berikan dan bersyukurlah kita kerana masih mampu menjamah nasi,sedangkan mereka yang diluar sana terpaksa berpuasa demi menahan lapar,Allahhuakbar!.

Seusai membeli belah di pasaraya,saya dan sahabat pulang menaiki pete-pete.Setelah tiba dihadapan rumah kami,saya terkejut melihat karung guni bergerak-gerak,ketika itu sahabatku sudah berlalau.Terlintas difikiran yang bergerak-gerak itu adalah kucing,namun telahanku meleset.Rupa-rupanya anak kecil yang umurnya lebih kurang 3-4 tahun.Susuk tubuhnya sangat kecil.baju yang dipakainya kotor dan robek.anak kecil itu seperti mencari-cari sesuatu didalam kantung guni tersebut.saya hanya melihat dengan pandangan sayu....Anak kecil itu keluar dari guni dan hanya memandangku.Dengan rahmat yang Allah berikan ku hulurkan dengan ikhlas,dengan berharap anak kecil ini dapat menjamah makanan. Anak kecil itu berlari meninggalkan ku,melihat dia berlari tanpa menggunakan selipar menambahkan lagi sayu dihati ini.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

Dengan lafaz zikirullah,saya mengingati diri saya sendiri dan pembaca supaya bersyukurla kita dengan pemberiannya.Sedarla kita bahawa kita tidak layak untuk mengeluh atau tidak bersyukur.Nikmat udara,tanah,air tidak mampu oleh manusia untuk menciptanya,malahan menggunakan setiap masa tanpa henti.......

.........BERSYUKURLAh..........