Monday, September 20, 2010

Anak kecil itu tidak bersalah


Muiz bersama mama tercinta

Ammar bersama ibu yang mengasihinya


Kelihatan ibu-ibu ini sangat menyayangi anak-anak mereka.Seolah-olah ditatang bagai minyak yang penuh.Mana tidaknya bayi dikandung selama 9 bulan.Dengan ikatan halal mengikut syarak dan ijab dan qabul maka terjalinlah hubungan yang halal antara lelaki dan perempuan.Namun begitu masih ramai yang memandang enteng erti sebuah pernikahan.Agama diragukan, syarak dipermainkan.Dewasa ini,terlalu ramai yang melakukan zina,bukan sahaja zina malahan membunuh dan membuang bayi yang tidak berdosa.Tidak kah mereka takut dengan apa yang mereka lakukan??

"Dan janganlah kalian dekati zina.Sesungguhnya perzinaan itu perbuatan keji dan jalan hidup yang buruk" (AL-ISRA : 32 )

peringatan ini bukan untuk diri saya sahaja malahan untuk semua umat islam dan juga yang bukan beragama Islam.Saya percaya semua agama melarang melakukannya.

Teringat lagi,kira-kira 2 minggu yang lepas,ketika itu saya dan sahabat-sahabat yang lain baru pulang menziarahi sahabat yang sakit di sebuah hospital besar di sebuah kota Makassar. Ketika itu kami penat menunggu untuk menaiki pete-pete,namun masih tidak kelihatan.At the end,kami mengambil keputusan untuk menaiki taksi. Kota Makassar memang sangat sibuk dengan kenderaan-kendaraannya.Kelihatan jalan-jalan raya masih lagi dipenuhi.Saya mengambil peluang untuk menikmati keindahan malam ciptaan Allah ini.Tiba-tiba hati ini seperti dipagut rasa hiba.Saya melihat di belakang sebuah lori tanpa bumbung ,kelihatan anak kecil.Umurnya dalam lingkungan 4-5 tahun hanya mengunakan guni menyelimuti tubuh kecil nya. Kelihatan di bahagian di tempat pemanduan ada dua orang dewasa,tidak sedarkah mereka akan kehadiran anak kecil itu.Anak kecil itu hanya duduk diam dan hanya memerhati kenderaan lain di sisi jalan. Terdetik dihati ini,anak siapakah itu,sanggupkah ibu bapanya memperlakukan seperti itu. Seperti dunia sudah haus dengan kasih sayang. Teksi yang saya naiki meluncur laju sambil meninggalkan lori tersebut.Benih-benih air mata sudah mula memenuhi kelompak-kelopak mata.Saya bertanya didalam hati,kenapakah masih ramai anak-anak kecil yang tidak bersalah itu hadir di dunia ini tanpa kasih sayang cukup.



Anak kecil diatas ini sudah besar,
tetapi apa yang saya jumpa adalah kecil sedikit seperti dibawah ini.
didalam karung guni,mencari-cari sesuatu.



Masih ada satu lagi cerita yang saya mahu kongsikan mengenai "Anak kecil itu tidak bersalah".Selang dua minggu selepas melihat anak kecil di atas sebuah lori.Saya masih lagi mendapat pengalaman yang amat memilukan hati. Apa tidaknya mereka hanya sebaya anak buah saya di Malaysia,kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa mereka mencukupi berbanding apa yang saya hadapi.Mereka hidup tanpa ibu bapa.Menjual surat khabar di kesesakan lalu lintas,meminta sedekah di tepi-tepi jalan.Bersyukurla kita,kerana masih ramai lagi yang hidup dalam serba kekurangan.Janganlah kita bersikap angkuh dengan secebis kekayaan yang Allah berikan dan bersyukurlah kita kerana masih mampu menjamah nasi,sedangkan mereka yang diluar sana terpaksa berpuasa demi menahan lapar,Allahhuakbar!.

Seusai membeli belah di pasaraya,saya dan sahabat pulang menaiki pete-pete.Setelah tiba dihadapan rumah kami,saya terkejut melihat karung guni bergerak-gerak,ketika itu sahabatku sudah berlalau.Terlintas difikiran yang bergerak-gerak itu adalah kucing,namun telahanku meleset.Rupa-rupanya anak kecil yang umurnya lebih kurang 3-4 tahun.Susuk tubuhnya sangat kecil.baju yang dipakainya kotor dan robek.anak kecil itu seperti mencari-cari sesuatu didalam kantung guni tersebut.saya hanya melihat dengan pandangan sayu....Anak kecil itu keluar dari guni dan hanya memandangku.Dengan rahmat yang Allah berikan ku hulurkan dengan ikhlas,dengan berharap anak kecil ini dapat menjamah makanan. Anak kecil itu berlari meninggalkan ku,melihat dia berlari tanpa menggunakan selipar menambahkan lagi sayu dihati ini.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

Dengan lafaz zikirullah,saya mengingati diri saya sendiri dan pembaca supaya bersyukurla kita dengan pemberiannya.Sedarla kita bahawa kita tidak layak untuk mengeluh atau tidak bersyukur.Nikmat udara,tanah,air tidak mampu oleh manusia untuk menciptanya,malahan menggunakan setiap masa tanpa henti.......

.........BERSYUKURLAh..........

2 comments:

kalamwarkah said...

brsyukurlh kta dilahirkn lebih dr mereka yg kekurngn dn apabila mmbandingkn diri dgn org lain, bandingknlh diri dgn mereka yg di bwh bukanny di ats.

krn tatkala di ats bimbng kalau kta lalai ttp tatkala di bwh, mohonlh supaya diri sntiasa brusaha mndktkn dri pd Yang Maha Esa.

smua yg trjadi pd dri adalh ujian dr Yang Maha Esa walaupun kekayaan. krn Dia mahu mnguji sejauh mana kta mlakukn kebajikan dr kekayaan trsebut.

tatkala Allah mmbri kta hidayah, Allah mhu mnguji lg sejauh mna iman kta, saat itu pohonlh spy ujian itu kta hadapi dlm keadaan kta smakin mndktkn dri pd Yang Maha Esa.

uhibbukifillah ^^,

siti fatimah said...

hope kita sentiasa bersyukur,jgnla sampai Allah mguji kita sehinggakan kita tidak mampu lagi untuk berhadapan denagn ujiannya....luv awin krn ALLAH=)