Wednesday, July 7, 2010

:::SETAHUN DI BUMI ORANG:::

Bismillahirahhmanirrahim...

Benar kata orang,hujan emas di negeri orang,hujan batu dinegeri sendiri...dimana kita pergi..akhirnya pulang ke asal jua...begitulah aku..bersyukurnya menjadi rakyat Malaysia...bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk belajar di negara orang..iaitu di Makassar Indonesia=)......

Di sini aku belajar erti hidup....selama ini hidup di zone yang selesa dan sekarang hidup di zone yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan. Segalanya aku dapat di sini...belajar menguruskan iman sendiri tanpa bimbingan orang tua yang sangat aku kasihi....walaupun jarak lautan yang memisahkan kami,aku hanya mampu menggunakan teknologi untuk menghubungi mereka.

Tidak sabar rasanya mahu pulang!!! sangat excited! rasa nikmatnya bila berjauhan dengan orang tersayang. Barulah sedar bertapa kita perlu bersyukur dengan hidup ini....

Dari hanya memikirkan diri sendiri,hidup di sini mengajar erti menyayangi insan yang bernama manusia, tidak kira miskin atau kaya..walaupun kehidupan di sini tidak seberapa, namun ia sangat menjadikan aku seorang yang benar-benar bersyukur..

10 hb ni,kami akan berpindah dirumah baru...setelah setahun ditempatkan di rumah pelajar-pelajar yang baru nak menyesuaikan diri di Makassar..dan pada 14hb aku akan pulang ke Malaysia setelah setahun di sini...alhamdulillah...