Thursday, August 12, 2010

abahku syg...




salam rindu..salam kasih buat ayahanda tersyg.....

ketika hening malam 2 Ramadhan 1431 hijrah,aku terpaksa berpisah dengan abah buat kedua kalinya.....abah dilahirkan pada 29 March 1950......ketika ini umurnya sudah menjejaki 60 tahun....

selama 60 tahun itu,hidup abah tidak pernah penat dengan apa yang dilakukannya berhari-hari demi mencari rezeki yang diredhai Allah...

ketika aku pulang ke tanah air pada 14hb julai 2010,aku melihat tubuh abah semakin susut..kerisauan mula menyelinap kedalam sanubari....mampukah aku membalas jasanya? :C....

perjalanan aku masih jauh....adakah aku sempat untuk memberikan kebahagian kepada abah.....aku cuma mampu untuk melanjutkan perlajaran di tempat yang jauh...semua perbelanjaan abahla yang keluarkan....anak derhaka ke aku???....tangisan ku tidak dapat dibendung...

kulihat,kulit abah seakan menipis,seakan-akan tiada lagi sisa "collagen"...terlalu nipis....aku mengambil kesempatan melihat dan merasa...sayu hati ini.......apakah yang perlu ku lakukan? =.=....ku lihat tompok-tompok hitam semakin banyak......bila ku tanya...."abah kenapa boleh jadik macam ni?" abah mejawab.....kulit abah terkene batu semasa memesin rumput...terlalu senang abah menutup kerisauan buat aku.......kelihatan tompok-tompok hitam itu lagi di lengan di tangan abah...bila ku bertanya..."abah yang ini kenapa boleh jadi begini?" abah menjawab....ini kene gigit nyamuk......begitulah jawapan abah......aku mulai risau....dengan kegatalan sedikit sahaja,tompok hitam itu menjadi sebesar duit syiling 50cen...apakah sebenarnya masalah pada kulit abah?......=.=....aku mula berfikir bukan-bukan.....hati ku tidak senang...aku hanya merenung abah dari sisi.......adakah abah tidak penat bekerja untuk anak-anaknya....apa yang ku minta untuk belajar,semua diberi...tidak pernah abah menolak.......hatiku sentiasa sayu.....abah maafkan la aku...kerana aku selalu mnyusahkan mu....=.=...

selagi aku tidak abis belajar...aku berjanji tidak akan mengecewakan abah....abah penguat hatiku.....aku sygkn abah...tanpa dia aku mungkin tidak akan melanjutkan pelajaran sejauh ini....terima kasih abah....sempena Ramadhan ini...aku akan menguatkan doaku supaya Abah sentiasa sihat dan sehingga aku dapat membahagiakn abah....

-------dari anak yang mengasihi dan menyayangi mu---------