Tuesday, September 27, 2011

Proses untuk menjadi baik itu memerlukan pengorbanan



Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”


Kerana pengorbanan itulah yang ALLAH lihat,hati yang ikhlas sanggup melakukan pengorbanan yang besar.kerana disitulah kunci jalan menuju kesyurga...

Allahumma yassir wala tu'assir ♥,semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan iman untuk menempuhi segala ujian di dunia ini.Memaafkan orang yang berada di sekeliling kamu.Melihat dengan pandangan penuh kasih sayang,mudah simpati walaupun syaitan sentiasa mahukan kita menjadi sahabat mereka.

Ftrahnya manusia inginkan kebaikan,tidak mahu bergaduh dan manusia itu mahukan kebaikan-kebaikan sahaja.Namun, proses yang pernah dilalui yang pernah terdidik oleh syaitan menguasai diri manusia.Namun Allah Maha Mengasihi sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk bertaubat walaupun acapkali manusia itu kadang-kadang lalai.

Alhamdulillah,Allah Maha Besar.sudah masuk Tahun ketiga di Bumi Makassar.Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH dengan ujian yang diberikan.Mempunyai sahabat-sahabat yang saling ingat mengingatkan antara satu sama lain adalah suatu harga yang tidak ternilai.Semoga ALLAH sahaja yang membalasnya.

Menegaskan terhadap diri sendiri dunia adalah sementara membuatkan diri ini terasa tenang.Tidak lagi memikirkan pandangan manusia dan sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH.Biarlah manusia berkata kita berpura-pura menjadi baik lantas hanya ALLAH sahaja yang memahi hati-hati manusia.Biarlah kita dikatan skema kerana takut kita tergelincir dari landasanNYa

semoga hati-hati terus istiamah,walaupun sedar proses menjadi baik itu memerlukan suatu jangka masa yang panjang semoga ALLAH meredhakan setiap detik nafas ini supaya sentiasa berzikir dan mengingatimu Ya ALLAH.

Sunday, September 18, 2011

Ramadhan-Syawal bulan yg penuh keberkatan

Aidilfitri 2011

Aidilfitri 2010

Syawal kali ini amat bermakna,setelah 2 tahun akhirnya dapat bersama-sama keluarga tercinta.Walaupun hanya seketika bercuti namun itu semua pemberian yang Maha Esa.Di uji ALLAH di keheningan pagi raya,seawal 5 pagi mak menangis dengan penyakit yang dihadapinya,abah pula sanggup melepaskan waktu sembahyang sunat hari raya membuatkan hati ku sayu.Kasih sayang ayah kepada emak tidak berbelah bagi.Di gagah juga membawa emak kehospital,sedang takbir bertalu-talu di setiap masjid yang kami lalui.Emak menangis kerana tidak dapat menunaikan hajatnya untuk melakukan solat sunat hari hari bersama-sama kami anak beranak.Namun ku tenangkan hati emak supaya mungkin ALLAH mahu beri yang lebih baik.Sepanjang perjalanan mak menahan sakit hanya air mata menjadi peneman.Sedang abah sentiasa tenang dalam menghadapi dugaan yang diterima.Mempunyai abang yang baik membuatkan aku bersyukur.Namun begitu ALLAH lebih mengetahui.Emak dimasukkan ke ICU dan segera di beri pengobatan,setelah diberikan rawatan mak dapat mengurangkan kesakitannya dengan izin ALLAH.setibanya di rumah abah dan abang bergegas dan akhirnya sempat melakukan solat sunat hari raya.Semoga ALLAH kurniakan lelaki seperti abah yang sentiasa bersama-sama emak ketika suka dan duka.Sayang abah,mak dan adik-beradik saya hingga ke syurga.Insya'allah.

Friday, July 29, 2011

Kehidupan yang perlu di syukuri



Manusia seringkali lalai untuk bersyukur dengan apa yang telah ALLAH kurniakan kepadanya.Pengalaman dua hari di hospital membuat diri ini sungguh kerdil.Apa tidaknya setiap pesakit yang menghuni di setiap tingkat hospital ini mempunyai penyakit yang boleh menular.Terdapat pelbagai cara penyakit boleh menular terutama melalui udara,air,perkongsian barang,blood transfusion,sex intercourse,tanah.Pengalaman ini ku dapat dengan izin ALLAH dan dari seorang senior yang bersedia untuk berkongsi ilmu yang beliau dapat.Semoga Ilmu yang ku pelajari akan mendapat keredhaan ALLAH.Insya'allah.

Ketika pertama kali kami di bawa untuk mengenali bilik-bilik yang ditempatkan untuk pesakit-pesakit.Terdapat pembahagian khusus untuk pesakit-pesakit.Kebiasaannya pesakit-pesakit akan dipisahkan antara kamar lelaki dan perempuan.ini memudahkan kaum adam dan hawa beribadat dan menggunakan ruang bilik air dengan lebih selesa.Terdapat 3 lantai di hospital ini.Kebiasaannya di lantai satu menempatkan ICU(intensive care unit),ini bermakna pesakit akan diberi lebih perhatian dan pengawasan kerana keadaan pesakit yang kritikal.Di lantai dua pula menempatkan pesakit yang mempunyai penyakit seperti TB( pulmonary Tuberculosis),penyakit ini amat mudah disebarkan melalui udara.Melihat mereka yang menghidapi penyakit ini amat meluluhkan hati,walaupun baru hari pertama setiap pesakit mempunyai penyakit lain dan complication dari penyakit yang telah lama tidak
terubat.
gambar contoh pesakit yang mempunyai penyakit TB

Mycobacterium tuberculosis,adalah microorganisma yang hebat telah ALLAH ciptakan.
Makhluk kecil ini boleh memanipulasi dan bijak untuk mengubah suai diri daripada ubat yang akan diberi.Itulah perkara yang amat menakutkan kerana Bakteria ini sangat ampuh dengan pelbagai jenis ubat.Keadaan pesakit di level ini kelihatan kurus dan seperti kurang nutrisi.Pesakit yang mempunyai penyakit ini akan mengalami penurunan berat badan yang mendadak.

"apakah kamu mengira kami akan membenarkan kamu untuk berkata kami telah beriman,sedangkan kamu belum lagi di uji?"

Ketika kami membuat rutin utk memeriksa patient,seorang bapa yang umurnya lebih kurang seperti umur abah membuatku sebak.Badannya kurus,terlihat vein-vein yang dibahagian kaki dan tangan.Bapa ini sentiasa tersenyum ketika di ajukan soalan dan menjawabnya dengan mesra.Melihat laporan X-ray yang telah dilakukan.Kami mendapati bapa ini mempunyai Penyakit TB lama yang masih belum sembuh,terdapat calcification dan juga fibrosis.Selain itu juga hilus tertarik kearah tempat yang sakit.Ini menyebabkan beliau sukar bernafas.Beliau bertanya kepada doktor agar dapat pulang kerumah,begitu tinggi harapan bapa ini membuatkan kami terdiam.Begitu berharganya hidup kita yang masih dalam keadaan sihat.Begitu berharganya masa sihat kita.Ada orang tidak bersyukur,masih mahu melakukan pengubahsuaian tubuh supaya nampak lebih cantik.Sanggup melakukan Operation untuk kelihatan kurus,memancungkan hidung,membuang alat kelamin,memakai pelbagai jenis bahan kosmetik agar kelihatan lebih cantik dan bermacam-macam lagi.Semoga kita tergolong di kalangan hambanya yang sentiasa bersyukur.

Level tiga dibangunan ini sentiasa sunyi hanya kadang-kadang terdengar perbualan keluarga patient dan kadang-kadang terdengar rengekan bayi.Kami dipanggil oleh nurse kerana terdapat keluhan dari seorang bayi.Rengekannya bertambah teruk.Ini mungkin kerana penyakitnya bertambah kronik ditambah pula dengan immune system yang sangat lemah.Di level ini ditempatkan pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit HIV(Human immunodeficiency virus). Penyakit ini jika tidak diubati akan bertambah parah menjadi AIDS (Acquired immune deficiency syndrome).Kebiasaan pesakit-pesakit ini akan mudah mendapat penyakit lain dengan mudah kerana system immune yang sangat rendah "seperti tapisan yang berlubang dan mampu dilalui oleh apa sahaja bendasing yang kita tidak mahukan."Begitu hebat ciptaan ALLAH ini.Makhluk-makhluk kecil ini tidak mampu di lihat dengan mata kasar,mereka menuruti arahan daripada ALLAH tanpa membantah.Tidakkan manusia sedar betapa Besarnya Kuasa ALLAH?

Bagaimanakah virus ini boleh disebarkan?( The spread of HIV can occur when these secretions come in contact with tissues such as those lining the vagina, anal area, mouth, eyes (the mucus membranes), or with a break in the skin, such as from a cut or puncture by a needle. The most common ways in which HIV is spreading throughout the world include sexual contact, sharing needles, and by transmission from infected mothers to their newborns during pregnancy, labor (the delivery process), or breastfeeding. (See the section below on treatment during pregnancy for a discussion on reducing the risk of transmission to the newborn.)Sexual transmission of HIV has been described from men to men, men to women, women to men, and women to women through vaginal, anal, and oral sex-source Medicine net.com ).
gambar contoh bayi yang mempunyai penyakit HIV

Bagaimanapun penyakit ini ada ubatnya,ubatnya adalah ISLAM.Kenapa saya mengatakan itu,ini kerana ISLAM amat menjaga dari segi apapun kehidupan manusia.Penyakit yang tiada ubatnya hanyalah mati.Ini kerana ISLAM adalah agama yang syumul iaitu menyeluruh.seperti berzina adalah salah satu penyakit yang boleh menularkan virus ini.ISLAM tidak membenarkan umatnya berzina dan malakukan perkara-perkara yang memudaratkan.Namun sayangnya mereka terus lena dan tidak menegakkan syiar ISLAM,lebih terikut-ikut golongan jahiliah.

Rengekan bayi di level 3 itu terus kedengaran.Bayi kecil yang baru beberapa bulan itu dalam keadaan yang menyedihkan.siapa yang tidak sedih melihat bayi yang kurus sehingga kulit di seluruh tubuhnya nipis sehingga terlihat tulang-tulang di badanya.Berat badannya menurun mendadak.Bayi kecil ini mempunyai penyakit HIV yang di dapat dari ibunya.bila kita berfikir apakah salah bayi ini? Hanya ALLAH yang lebih mengetahui.Bayi kecil ini boleh mendapat HIV ketika didalam perut ibu lagi dan melalui penyusuan dan ibu juga boleh mendapat HIV melalui bertukar-tukar pasangan atau mendapat dari suami yang mempunyai penyakit HIV.ALLAH jualah tempat kita memohon ampun dan tempat kita meminta.Berdoalan supaya kita tidak diuji dengan perkara yang kita mampu diuji.


Pengajaran yang sangat banyak dapat dikutip walaupun hanya 2 kali menemani senior.Mungkin sedikit penat kerana masih tidak membiasakan diri.Namun,diri ini bersyukur dengan melihat dugaan yang ALLAH berikan kepada orang lain membuatkan diri lebih menghargai diri dan lebih memuhasabah diri bertapa Agungnya ALLAH.Mungkin inilah pengalaman yang mungkin tidak akan saya dapat dimana-mana.Bersyukur sangat-sangat belajar disini.Walaupun jauh dari keluarga hati kami sentiasa dekat dengan izin ALLAH.







Monday, July 25, 2011

Percutian ke Bone

Ketam Bone,harga yang murah =)

kak nani n kak ida =)

Makam Raja Bone

Markas Al maaruf di Bone

Pintu gerbang Tanjung Palette

Tanjung Palette

Percutian selama 2 hari 1 malam ini memberikan pengalaman yang mengajar erti tentang kesyukuran.Dikala kita gembira beringatlah bahawa ada yang sedang berduka dan ketika sedang berduka ingatlah,bahawa ada yang lagi berduka.Semua Pengalaman ini dapat merapatkan lagi ukhwah persaudaraan.Insya'allah.