Tuesday, September 27, 2011

Proses untuk menjadi baik itu memerlukan pengorbanan



Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”


Kerana pengorbanan itulah yang ALLAH lihat,hati yang ikhlas sanggup melakukan pengorbanan yang besar.kerana disitulah kunci jalan menuju kesyurga...

Allahumma yassir wala tu'assir ♥,semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan iman untuk menempuhi segala ujian di dunia ini.Memaafkan orang yang berada di sekeliling kamu.Melihat dengan pandangan penuh kasih sayang,mudah simpati walaupun syaitan sentiasa mahukan kita menjadi sahabat mereka.

Ftrahnya manusia inginkan kebaikan,tidak mahu bergaduh dan manusia itu mahukan kebaikan-kebaikan sahaja.Namun, proses yang pernah dilalui yang pernah terdidik oleh syaitan menguasai diri manusia.Namun Allah Maha Mengasihi sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk bertaubat walaupun acapkali manusia itu kadang-kadang lalai.

Alhamdulillah,Allah Maha Besar.sudah masuk Tahun ketiga di Bumi Makassar.Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH dengan ujian yang diberikan.Mempunyai sahabat-sahabat yang saling ingat mengingatkan antara satu sama lain adalah suatu harga yang tidak ternilai.Semoga ALLAH sahaja yang membalasnya.

Menegaskan terhadap diri sendiri dunia adalah sementara membuatkan diri ini terasa tenang.Tidak lagi memikirkan pandangan manusia dan sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH.Biarlah manusia berkata kita berpura-pura menjadi baik lantas hanya ALLAH sahaja yang memahi hati-hati manusia.Biarlah kita dikatan skema kerana takut kita tergelincir dari landasanNYa

semoga hati-hati terus istiamah,walaupun sedar proses menjadi baik itu memerlukan suatu jangka masa yang panjang semoga ALLAH meredhakan setiap detik nafas ini supaya sentiasa berzikir dan mengingatimu Ya ALLAH.

No comments: