Aidilfitri 2011
Aidilfitri 2010
Syawal kali ini amat bermakna,setelah 2 tahun akhirnya dapat bersama-sama keluarga tercinta.Walaupun hanya seketika bercuti namun itu semua pemberian yang Maha Esa.Di uji ALLAH di keheningan pagi raya,seawal 5 pagi mak menangis dengan penyakit yang dihadapinya,abah pula sanggup melepaskan waktu sembahyang sunat hari raya membuatkan hati ku sayu.Kasih sayang ayah kepada emak tidak berbelah bagi.Di gagah juga membawa emak kehospital,sedang takbir bertalu-talu di setiap masjid yang kami lalui.Emak menangis kerana tidak dapat menunaikan hajatnya untuk melakukan solat sunat hari hari bersama-sama kami anak beranak.Namun ku tenangkan hati emak supaya mungkin ALLAH mahu beri yang lebih baik.Sepanjang perjalanan mak menahan sakit hanya air mata menjadi peneman.Sedang abah sentiasa tenang dalam menghadapi dugaan yang diterima.Mempunyai abang yang baik membuatkan aku bersyukur.Namun begitu ALLAH lebih mengetahui.Emak dimasukkan ke ICU dan segera di beri pengobatan,setelah diberikan rawatan mak dapat mengurangkan kesakitannya dengan izin ALLAH.setibanya di rumah abah dan abang bergegas dan akhirnya sempat melakukan solat sunat hari raya.Semoga ALLAH kurniakan lelaki seperti abah yang sentiasa bersama-sama emak ketika suka dan duka.Sayang abah,mak dan adik-beradik saya hingga ke syurga.Insya'allah.
No comments:
Post a Comment