Thursday, December 30, 2010

setahun sudah

Berikut adalah beberapa peristiwa besar dunia sebelum tirai 2010 berlabuh:

4 Jan. - Biarpun diselubungi krisis ekonomi dan hutang, bangunan tertinggi di dunia (828 meter), Burj Dubai yang juga monumen terhebat di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mula dibuka kepada orang ramai.

12 Jan. - Gempa bumi sekuat 7 skala Richter melanda ibu negara Haiti, meranapkan banyak bangunan dan dianggarkan 200,000 orang terkorban.

25 Jan. - Pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines membawa 90 orang terhempas dekat Beirut.

27 Feb. - Gempa bumi berukuran 8.8 skala Richter melanda Chile menyebabkan sekurang-kurangnya 708 terkorban serta turut mencetuskan tsunami yang meredah Lautan Pasifik dan melanda Jepun sehari kemudian.

14 Mac - Puluhan ribu penunjuk perasaan 'baju merah' berhimpun di Bangkok.

10 April - Presiden Poland, Lech Kaczynski dan beberapa pemimpin negara itu terbunuh dalam nahas udara di Smolensk, Rusia.

18 April - Perjalanan udara di seluruh Eropah lumpuh ekoran kepulan debu dari gunung berapi Iceland yang masih menyelubungi ruang udara.

22 April -Letupan telaga minyak di Teluk Mexico menyebabkan berlaku pencemaran minyak selama beberapa bulan, pencemaran terburuk di AS.

30 April - Parlimen Belgium meluluskan usul mengharamkan pemakaian burqa dan purdah di khalayak ramai dalam tindakan pertama seumpamanya di Eropah.

12 Mei -Seramai 96 terkorban dan seorang kanak-kanak Belanda terselamat dalam nahas pesawat Afriqiyah Airways milik Libya yang membawa 104 penumpang di Tripoli.

14 Mei -Lima maut dalam pertempuran antara tentera Thailand dengan penunjuk perasaan antikerajaan di tengah Bangkok semasa pihak keselamatan cuba mengepung markas Baju Merah itu.

20 Mei - Bukti jelas menunjukkan Korea Utara telah melancarkan sebutir torpedo sehingga mengakibatkan kapal perang Korea Selatan karam dan mengorbankan 46 anak kapal.

31 Mei - Sekurang-kurangnya 19 terkorban dan 30 lagi cedera apabila komando Israel menyerang flotila yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, setelah mendakwa mereka menghadapi tentangan tidak disangka-sangka ketika menaiki kapal tersebut.

31 Mei - Enam lagi rakyat Malaysia berada dalam sebuah lagi kapal, Rachel Corrie yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat, mereka terdiri daripada tiga wakil Perdana Global Peace Organisation serta Ahli Parlimen Parit, Mohd. Nizar Zakaria dan krew TV3.

5 Jun - Tentera Israel menawan kapal Rachel Corrie sekali gus menamatkan ketegangan berjam-jam lamanya di laut antara kapal itu dengan kapal-kapal perang rejim Zionis.

9 Jun - Benigno 'Noynoy' Aquino III diisytihar sebagai Presiden ke-15 Filipina setelah memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

14 Jun - Dua klip video seks dipercayai penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel bersama teman wanitanya yang juga seorang model dan pelakon, Luna Maya dan bekas teman wanitanya yang juga model serta hos rancangan televisyen, Cut Tari menggegarkan Indonesia.

16 Jun - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

22 Jun - Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel menyerah diri kepada polis kerana disyaki terlibat dalam pembuatan video lucahnya bersama dua artis wanita lain.

24 Jun - Julia Gillard, 48, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia yang baru sekali gus menjadikannya wanita pertama memegang jawatan itu.

2 Ogos - Angka kematian kebakaran hutan terburuk di Rusia dalam tempoh satu generasi meningkat kepada 48 orang.

14 Ogos - Presiden Barack Obama menyokong penuh pembinaan masjid berhampiran Ground Zero yang sebelum ini dibantah sebahagian rakyat AS.

24 Ogos - Filipina berhadapan kemarahan Hong Kong yang berkabung atas kematian lapan warganya di Manila.

30 Sept. - Mahkamah India memutuskan tapak suci yang menempatkan Masjid Babri yang mencetus rusuhan berdarah suatu ketika dahulu perlu dibahagikan antara komuniti Islam dan Hindu.

14 Okt. - Kesemua 33 pelombong yang terperangkap 700 meter di bawah tanah selama lebih dua bulan di sebuah lombong di Chile berjaya dibawa keluar apabila operasi rumit penuh risiko untuk menyelamatkan mereka berjaya.

26 Okt. - Lebih 500 maut apabila tsunami melanda kampung-kampung tepi pantai berikutan gempa bumi kuat di kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

29 Okt. - Thailand dilanda banjir paling teruk dalam tempoh beberapa dekad dengan 38 wilayah terjejas teruk dan angka korban mencecah 100 orang.

13 Nov. - Gunung Merapi menyebabkan 240 nyawa terkorban sejak mula meletus 27 Oktober lalu dan hampir 400,000 penduduk mencari perlindungan di kem-kem penempatan sementara.

13 Nov. - Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dibebaskan daripada tahanan di rumah.

23 Nov. - Korea Utara melancarkan serangan ke atas Korea Selatan dengan melepaskan berpuluh-puluh tembakan meriam ke atas Pulau Yeonpyeong.

22 Nov. - Peguam bela kepada vokalis Peterpan, Ariel, Afrian Bondjol menyifatkan pertuduhan ke atas anak guamnya direka-reka.

29 Nov. - WikiLeaks mula mendedahkan lebih 250,000 dokumen diplomatik, sekali gus membimbangkan AS yang memberi amaran ia akan mengancam nyawa mereka yang tidak bersalah serta memburukkan hubungannya dengan negara sekutu lain.

7 Dis. - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, ditahan polis Britain selepas menyerah diri berikutan waran tangkap ke atasnya atas dakwaan jenayah seks termasuk rogol.

12 Dis. - Dua keping gambar baru Putera William dan tunangnya, Kate Middleton yang diambil jurugambar Mario Testino, didedahkan kepada umum semalam sebagai meraikan perkahwinan mereka pada April depan.

15 Dis. - Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg dipilih sebagai Orang (Terhebat) Tahun 2010 majalah Time.

27 Dis. - Aktivis Pro-Palestin merancang menghantar semula Mavi Marmara menyertai flotila bantuan kemanusiaan yang lebih besar ke Gaza tahun depan.

source:Utusan Malaysia Online

Monday, December 27, 2010

Dunia oh dunia

Ermm...byk keburukannya jgk erk..entahlah sbb sport,cthnnye lah antara negara boleh berbalah.tapi kalau nak di fikir-fikirkan ia hanya satu sukan...tidak perlulah sampai bergaduh...kenapa tidak bergaduh kerana mempertahankan ISLAM...dari pandangan saya,agama ISLAM lah yang menyatukan semua bangsa tak kira warna kulit,kaya,miskin.Subhanallah! Allah beri islam untuk kita menyatukan semua umat manusia.contohnyer misi bantuan kemanusian ke GAZA,PALESTIN.semua negara yang pro palestin bersama-sama memberikan bantuan kemanusiaan!
Sebuah kapal Turki ikut mengambil bahagian dalam operasi kemanusiaan 'Freedom Flotilla' bagi warga Gaza.

Israeli Navy Attacks Gaza Freedom Flotilla

Firman ALLAH::

Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian kepadamu, dan (ketika itu) Kami angkatkan gunung Thur di atas kamu, (lalu Kami berfirman) : “ Ambillah apa yang telah Kami berikan kepadamu, (dan peganglah) yang kuat (karena) dengannya itu (peganganmu akan menjadi kuat), dan ingatlah apa yang ada di dalamnya, supaya kamu bertakwa.” (Qs 2 : 63).

Kemudian sesudah itu kamu berpaling, maka jika tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya atasmu, niscaya kamu termasuk orang-orang yang rugi. (Qs 2 : 64).

Janganlah kita tergolong di kalangan orang-orang yang rugi~

Antara contoh yang sangat melalaikan umat islam,yang di sogok oleh duniawi:
  1. SPORTs
  2. SEX
  3. SCREEN (intertainment)
  1. SHOPPING





Saturday, December 25, 2010

Cinta Terakhir




Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....


Kau antara Penguat hatiku


waalaikumussalam wbt adikku syg.....

xpe insyaAllah adik xpenah ganggu akakpun....akak dh anggap adik mcm adik akak sendiri...

adik, di saat kita lemah, disitulah hakikat kita sbg manusia....bukan manusia kalau kita tidak merasa lemah...justeru kuat dan tegar hanya pakaian Allah Yang Maha Esa dik...

dalam mengintai tabir hidup yang penuh rahsia...kita sentiasa diterangi dgn kasih dan cinta dari Allah..sama ada kita sedar mahupun tidak....

dengan adik berpijak di bumi yang nyata berarti adik telah berusaha merealisasikan kalimah Lailahaillallah yang telah adik anuti selama dua abad kehidupanmu dik...

kerana adik berpijak di bumi yang nyata juga lah maka adik merasa adakalanya lemah dan adakalanya kuat....

dekati Rabbmu dik...dalam keadaan apapun dimanapun...ketahuilah dalam setiap aliran darahmu ditubuh, selurut eritrositmu sedang bertasbih memuji Rabbnya....

disetiap langkah yang kau ayuni, seluruh ikan di laut dan burung di langit mendoakanmu, dik...kerana dirimu sedang mencari erti kehidupan sebenar....

buktinya dari semua ini, tim melontarkan soalan di atas kepada akak...sesungguhnya hanya sedikit orang yang berfikir di dunia ini dik...

insyaAllah akak doakan tim kuat hadapi setiap setiap apa jua yang mendatang...sama-sama kita dekati peninggalan Nabi Muhammad SAW sebagai pembantu dalam hidup yang masih tersisa ini....

salam sayang penuh cinta dari kakakmu....wassalam..

Tuesday, December 21, 2010

Untung sy ada kalian^^,




with lovely heart friends^^,

Those who maintain a friendship with one who has fallen on hard times are true, loyal friends. Those who do not support their friends during their misfortune have nothing to do with friendship.

Thanks a LOT!

Those who hold their friends in good esteem and treat them with respect gain many defenders and supporters against their enemies.



Monday, December 20, 2010

malu ku kepadaNYA


Subhanallah,Maha suci engkau Ya ALLAH,
terkadang aku lalai dalam ibadah ku,
aku leka dengan kenikmatan dunia,

ketika kau berikan aku kebaikan,
aku akan memuja mu,
tetapi ketika Engkau berikan aku musibah,
Aku memarahi Mu,



Sedarkah aku,Kaulah yang sentiasa memberikan nikmat tanpa aku sedari,
sedarkah aku,nikmat udara yang ku hirup tidak perlu dibayar,
sedarkah aku,aku masih mampu untuk makan dan minum,


Ya ALLAH, kau jagalah iman ku,seperti kau menjaga RASULKU,
Ya ALLAH,kau kuatkanlah imanku,seperti kau kuatkan iman para Khalifah,

Aku ingin menjadi seperti Fatimah Az-zahra,
Aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah,

Aku malu kepadaMu...
~nukilanku~

Tuesday, December 14, 2010

neuropsychiatary

Assalamualaikum and selamat malam....
Actually rase excited sgt belajar block ni..
rase mcm nk gunekn 24hours nk mendalaminya..
rase lebih berminat,tapi ada sahaja yang menghalangnya..
macam mane tu erk?

apa yang seronoknya..
study about nerve!
that's why la saya wonder siapa yang jadi seorg Neurologist and Neurosurgery
Subhanallah,ALLAH saje yang boleh bagi kepandaian dan kebijaksanaan seseorg.
apa-apa pun kene terus berusaha!
kepada sahabat-sahabat jangan cepat putus asa key=)

paling suka 12 nerve ni,so bt rumus ckit=OTAFVGVAH=cranial nerves

NERVE I=OLFACTORY
NERVE II=OPTIC
NERVE III=OCULOMOTOR
NERVE IV=TROCHLEAR
NERVE V=TRIGEMINAL
NERVE VI=ABDUCENT
NERVE VII=FACIAL
NERVE VIII=VESTIBULOCOCHLEAR
NERVE IX=GLOSSOPHARYNGEAL
NERVE X=VAGUS
NERVE XI=ACCESSORY
NERVE XII=HYPOGLOSSAL