Saturday, July 16, 2011

Egonya hidupmu


Alhamdulillah masih berkesempatan menghirup udara ALLAH.Pagi yang hening di kediaman baru membuatkan hati lebih tenang,walaupun di rumah ini bermulanya ujian-ujian ALLAH yang Maha Hebat,hati hanya meletakkan pada ALLAH.Biarlah apa pun terjadi tetap mempositifkan diri.Insya'allah.Bila melihat manusia terlalu ego dengan belang-belangnya membuatkan aku berfikir.Semoga diri terus istiqamah,tidak mudah untuk menjatuhkan kesalahan keatas orang lain atas perbuatan mereka dan mengenali terlebih dahulu dan memahami permasalahan yang timbul.Beristigfar kepada ALLAH.setiap keburukan yang dimulakan adalah hasutan dari syaitan yang direjam.

Manusia mudah lupa.dan sangat mengambil masa untuk perbaiki kelemahan yang ada.Ini kerana kekuatan negatif yang ada pada diri terlalu diikutkan.Hawa nafsu juga diturutkan.Kadang-kadang sahabat yang mengambil berat tentangnya di salah tafsirkan.Ya ALLAH sesungguhnya aku insan yang lemah,jangan jadikan aku seperti mereka yang Engkau palingkan hati mereka kepadaMu.Semoga sesiapa pun di dunia ini dijauhkan dari sifat-sifat yang tercela ini.Masih meningkatkan sifat positif dalam diri.Mudah memaafkan orang lain.Bersangka baik dengan orang-orang di sekeliling kita.Insya'allah.semoga ALLAH tidak meninggalkan kita.

-Rumah baruku-

Thanks ALLAH!


Sunday, June 19, 2011

Bumiku sudah tua


Ketika Bumi sedang tenat
Manusia masih lagi boleh bergelak ketawa
Masih lagi bongkak berjalan di Bumi ALLAH

Ketika Bumi ini sudah banyak Gempa
Manusia masih boleh berkata "alar,itu gempa tempat lain,kat sini kita masih boleh selamat",
Malah mereka secalit pun tidak rasa gerun

Ketika Bumi ini merintih
Manusia masih rakus dengan duniawi
Zina berlaku di mana-mana
peperangan entah ke sudah tidak terkira
rasuah bermaharajalela
Tiang untuk hidup sudah tiada

Ketika Bumi ini ditiupkan sangkakala
janganlah engkau menyesal sudah tiada guna

p/s : semoga kita tergolong di dalam hamba-hambanya yang beriman.Insya'allah

almost 2 years


alhamdulillah,sudah hampir penghujung tahun kedua melayari hidup di Makassar yang serba mencabar ini,terima kasih pada sahabat3 ku..ima,nat,awin,aine,najwa,fini,nini,qilah,k.ida dan semua batch 09 yang banyak memberikan manis pahit hidup ini,kepada adik-adiku muna,hanim,intan,ezyan, dan zeela yg masih baru menempuhi kehidupan disini semoga terus tabah,menjadi manusia yang cemerlang di sisi ALLAH.Insya'allah.

hidup ini tidak mudah,setiap manusia perlu survive.kadang-kadang rasa tidak bermaya dan kadang-kadang sentiasa bersemangat.kalaulah manusia boleh terus dengan semangat itu,seperti Rasulallah tidak pernah kenal erti penat dan jemu.subhanallah!.Tabahnya dirimu Ya Rasulallah.dunia sekarang yang penuh dengan kemaksiatan,melihatnya sahaja sudah membuatkan diri ini letih.sentiasa terfikir apakah jalan terbaik untuk sama-sama memahami Islam.

semoga diri terus bersemangat menempuhinya,semoga ALLAH akan sentiasa melindungi hamba-hambanya yang lemah ini.Insya'allah.

Tuesday, June 14, 2011

Mengingati kematian adalah suatu anugerah


Alhamdulillah,puji syukur kepada mu Ya ALLAH Tuhan seluruh alam,masih lagi diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk terus hidup dan beribadah kepadaNya.

ALLAH memberikan setiap manusia harga yang tidak ternilai yang tidak boleh dibeli oleh mana-mana manusia ialah harga sebuah nyawa,ketika malaikat Izrail begitu hampir dengan kita,sudah tiada lagi yang dapat membantu,dengan izin ALLAH,malaikat Izrail akan mencabut nyawa kita dengan cara yang berbeza-beza dan pastilah mengikut amalan yang kita ada.

ALLAH berfirman dalam Surah Al-Baqarah dalam ayat 132. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya`qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".

melalui ayat ini sedarlah kita bahawa kehidupan yang kita ada pada sekarang ini bukanlah suatu kehidupan yang sia-sia.Ingatlah kita bahawa kehidupan selepas kematian adalah syurga dan neraka.
Jika benar kita mengingati kematian yang akan datang tanpa kita sedari,maka ketakutan kepada ALLAH untuk melakukan kemaksiatan akan lenyap.Hidup akan terus untuk melakukan ibadah kepada ALLAH tanpa putus asa.

sedarlah kita bahawa kematian akan datang dan tiada lagi untuk kehidupan kedua kalianya.semoga kita saling ingat mengingati.semoga kita akan sentiasa bersedia menghadapi kematian.semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman.Insya'allah.