Alhamdulillah,puji syukur kepada mu Ya ALLAH Tuhan seluruh alam,masih lagi diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk terus hidup dan beribadah kepadaNya.
ALLAH memberikan setiap manusia harga yang tidak ternilai yang tidak boleh dibeli oleh mana-mana manusia ialah harga sebuah nyawa,ketika malaikat Izrail begitu hampir dengan kita,sudah tiada lagi yang dapat membantu,dengan izin ALLAH,malaikat Izrail akan mencabut nyawa kita dengan cara yang berbeza-beza dan pastilah mengikut amalan yang kita ada.
ALLAH berfirman dalam Surah Al-Baqarah dalam ayat 132. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya`qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".
melalui ayat ini sedarlah kita bahawa kehidupan yang kita ada pada sekarang ini bukanlah suatu kehidupan yang sia-sia.Ingatlah kita bahawa kehidupan selepas kematian adalah syurga dan neraka.
Jika benar kita mengingati kematian yang akan datang tanpa kita sedari,maka ketakutan kepada ALLAH untuk melakukan kemaksiatan akan lenyap.Hidup akan terus untuk melakukan ibadah kepada ALLAH tanpa putus asa.
sedarlah kita bahawa kematian akan datang dan tiada lagi untuk kehidupan kedua kalianya.semoga kita saling ingat mengingati.semoga kita akan sentiasa bersedia menghadapi kematian.semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman.Insya'allah.
No comments:
Post a Comment