Friday, January 14, 2011

wakeuP!!!


fatimah wakeup!

Alhamdulillah,berjaya untuk menempuh cabaran untuk hari kedua^^,!!!

Okey teruskan azam!!!

become a gud Khalifah^^,!!!


do not bow their foreheads to anyone except ALLAH!

Thursday, January 13, 2011

Hjh Nadiah Bt Ngarapan


Tahun ini Emak sudah berumur 61 tahun,alhamdulillah.Ya ALLAH besar sungguh pengorbanan emak,melahirkan 13 orang anak dan akhirnya 5 orang anaknya meninggal dunia,namun di wajahnya tidak kelihatan patah semangat atau muram.

Sewaktu pulang ke Malaysia,emak masih mampu tersenyum,senyumannya membuatkan hatiku gembira.Bersyukurnya rasa hati ini kerana ALLAH masih memberikan kesempatan kepadaku untuk masih memiliki mereka.Alhamdulillah syukur Ya ALLAH.Emak mencium pipiku berulang kali,rasa bersalah jika Aku mengambil sambil lewa dalam pelajaran dan kehidupan.Tidak mungkin aku akan mengecewakan emak dan abah yang telah banyak berkorban.

Walaupun sudah dewasa,aku masih tidak mampu membalas jasa emak dan abah.Lekanya aku.sangat berharap dan berusaha untuk menjadi anak yang baik.Kerana apa yang anak lakukan akan memberikan saham pahala atau dosa kepada mereka.Sentiasa berdoa,supaya ALLah memberikan kesempatan kepada ku untuk membalas jasa mereka.

Emak melayan setiap anaknya sama rata,semenjak aku pulang.semua masakan nya sangat menyelerakan.Maklumlah ditempat orang makan hanya yg mampu.Sayang emak sangat-sangat.Selalu terfikir,dari mana la mak dapat semangat untuk membesarkan kami.begitu kuatnya dia.Ya ALLAH berikanlah semangat itu kepada ku juga supaya Aku boleh melakukan yang lebih baik daripada apa yang mak dan abah lakukan.

kebelakangan ini ramai sahabat-sahabatku telah melangsungkan pernikahan dan pertunangan.Rasa turut bersyukur,namun aku masih mempunyai misi yang lebih besar...Allah sahaja yang tahu.kalau soal jodoh biarlah,ALLAH akan berikan yang terbaik jika kita sentiasa menjadi hambanya yang baik.Insya'allah.Hidup sekarang ini pun sudah rasa bersyukur sangat.Alhamdulillah banyak nikmat yang ALLAH berikan.

Semoga ALLAH memberikan aku masa untuk membalas jasa mereka."Ya ALLAH,Kau jagalah emak dan abah sebaik-baiknya,berikanlah mereka kesihatan dan kekuatan,hanya Engkaulah Tuhan sekalian Alam dan Maha Berkuasa", amin Ya Rabb....

Sunday, January 9, 2011

home sweet home...


some souvenier i bought for them<3

Alhamdulillah,Allah masih memberikan kesempatan kepada diri ini untuk bertemu keluarga buat kedua kalinya.Masih dipanjangkan jodoh bersama keluarga tercinta.masih dapat menjejaki lagi tanah yang bertuah ini.syukur...syukur....walaupun balik hanya 2 minggu.cuti ini perlu digunakan sebaik-baiknya.Pulang dengan harapan meningkatkan lagi motivasi diri.melihat wajah ayahanda dan bonda sudah cukup untuk menjadikan diri ini lebih sempurna...

setelah selama lebih kurang 5 bulan bertungkus lumus menghabiskan study hematology,cardiology,neuropsychiatary,methodology,filsafat...alhamdulillah walaupun macam-macam dugaan yang di harungi,Allah masih menyanyangi diri ini dengan memberikan nikmat berjalan,tidur,makan dan minum......

perjalanan masih berliku-liku....and i should struggle with life....dunia ini bukan untuk enjoy,bak ade yg kate hidup masih muda so kene enjoy!......rugilah kita kalau berfikiran sebegitu....akhirat sedang menanti kita,apa kita akan jawab bila bertemu Pencipta,hanya amalan yang kita bawa.....

Sahabat yang sy syg halimah,azurin,aine,natrah,najwa,aqilah,k.ida,nini,fini,ekin,k.farah,zirra..semoga mereka dapat memanfaatkan cuti-cuti ini dengan niat ibadah,semoga apa yang dilakukan akan mendapat keredhaan ALLAH...yes n yes hidup itu bukan mudah,nafsu dan syaitan sentiasa sahaja menggu hidup manusia dari kembali fitrahnya...semoga ALLAH tidak melupakan diri-diri ini yang sering terleka.

"wahai tuhan kami,janganlah engkau memalingkan hati-hati kami setelah engkau memberikan petunjuk kepada kami dan berikan kami rahmatmu,bahawasanya engkaulah tuhan yang sangat banyak pemberiaanya"

Wednesday, January 5, 2011

=)


senyum bahasa dunia

senyum bertambah pahala

senyum penguat jiwa