When a bird is alive it eats ants, yet when it dies, the ants eat it. Circumstances can change at any time and the tables usually turn over a period of time. Do not oppress, despise or hurt anyone during your lifetime. You may be powerful today but remember, time is more powerful that you! Just like one tree makes a million match sticks, yet when the time comes then only a single match is needed to burn a million trees-Mufti Ismail Menk
Thursday, January 13, 2011
Hjh Nadiah Bt Ngarapan
Tahun ini Emak sudah berumur 61 tahun,alhamdulillah.Ya ALLAH besar sungguh pengorbanan emak,melahirkan 13 orang anak dan akhirnya 5 orang anaknya meninggal dunia,namun di wajahnya tidak kelihatan patah semangat atau muram.
Sewaktu pulang ke Malaysia,emak masih mampu tersenyum,senyumannya membuatkan hatiku gembira.Bersyukurnya rasa hati ini kerana ALLAH masih memberikan kesempatan kepadaku untuk masih memiliki mereka.Alhamdulillah syukur Ya ALLAH.Emak mencium pipiku berulang kali,rasa bersalah jika Aku mengambil sambil lewa dalam pelajaran dan kehidupan.Tidak mungkin aku akan mengecewakan emak dan abah yang telah banyak berkorban.
Walaupun sudah dewasa,aku masih tidak mampu membalas jasa emak dan abah.Lekanya aku.sangat berharap dan berusaha untuk menjadi anak yang baik.Kerana apa yang anak lakukan akan memberikan saham pahala atau dosa kepada mereka.Sentiasa berdoa,supaya ALLah memberikan kesempatan kepada ku untuk membalas jasa mereka.
Emak melayan setiap anaknya sama rata,semenjak aku pulang.semua masakan nya sangat menyelerakan.Maklumlah ditempat orang makan hanya yg mampu.Sayang emak sangat-sangat.Selalu terfikir,dari mana la mak dapat semangat untuk membesarkan kami.begitu kuatnya dia.Ya ALLAH berikanlah semangat itu kepada ku juga supaya Aku boleh melakukan yang lebih baik daripada apa yang mak dan abah lakukan.
kebelakangan ini ramai sahabat-sahabatku telah melangsungkan pernikahan dan pertunangan.Rasa turut bersyukur,namun aku masih mempunyai misi yang lebih besar...Allah sahaja yang tahu.kalau soal jodoh biarlah,ALLAH akan berikan yang terbaik jika kita sentiasa menjadi hambanya yang baik.Insya'allah.Hidup sekarang ini pun sudah rasa bersyukur sangat.Alhamdulillah banyak nikmat yang ALLAH berikan.
Semoga ALLAH memberikan aku masa untuk membalas jasa mereka."Ya ALLAH,Kau jagalah emak dan abah sebaik-baiknya,berikanlah mereka kesihatan dan kekuatan,hanya Engkaulah Tuhan sekalian Alam dan Maha Berkuasa", amin Ya Rabb....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
^___^
kalamwarkah
wawin mmg budak comel.padan muke sllu kene marah.sorilah dear^^,
syg mak,,,,
Post a Comment