Thursday, August 12, 2010

abahku syg...




salam rindu..salam kasih buat ayahanda tersyg.....

ketika hening malam 2 Ramadhan 1431 hijrah,aku terpaksa berpisah dengan abah buat kedua kalinya.....abah dilahirkan pada 29 March 1950......ketika ini umurnya sudah menjejaki 60 tahun....

selama 60 tahun itu,hidup abah tidak pernah penat dengan apa yang dilakukannya berhari-hari demi mencari rezeki yang diredhai Allah...

ketika aku pulang ke tanah air pada 14hb julai 2010,aku melihat tubuh abah semakin susut..kerisauan mula menyelinap kedalam sanubari....mampukah aku membalas jasanya? :C....

perjalanan aku masih jauh....adakah aku sempat untuk memberikan kebahagian kepada abah.....aku cuma mampu untuk melanjutkan perlajaran di tempat yang jauh...semua perbelanjaan abahla yang keluarkan....anak derhaka ke aku???....tangisan ku tidak dapat dibendung...

kulihat,kulit abah seakan menipis,seakan-akan tiada lagi sisa "collagen"...terlalu nipis....aku mengambil kesempatan melihat dan merasa...sayu hati ini.......apakah yang perlu ku lakukan? =.=....ku lihat tompok-tompok hitam semakin banyak......bila ku tanya...."abah kenapa boleh jadik macam ni?" abah mejawab.....kulit abah terkene batu semasa memesin rumput...terlalu senang abah menutup kerisauan buat aku.......kelihatan tompok-tompok hitam itu lagi di lengan di tangan abah...bila ku bertanya..."abah yang ini kenapa boleh jadi begini?" abah menjawab....ini kene gigit nyamuk......begitulah jawapan abah......aku mulai risau....dengan kegatalan sedikit sahaja,tompok hitam itu menjadi sebesar duit syiling 50cen...apakah sebenarnya masalah pada kulit abah?......=.=....aku mula berfikir bukan-bukan.....hati ku tidak senang...aku hanya merenung abah dari sisi.......adakah abah tidak penat bekerja untuk anak-anaknya....apa yang ku minta untuk belajar,semua diberi...tidak pernah abah menolak.......hatiku sentiasa sayu.....abah maafkan la aku...kerana aku selalu mnyusahkan mu....=.=...

selagi aku tidak abis belajar...aku berjanji tidak akan mengecewakan abah....abah penguat hatiku.....aku sygkn abah...tanpa dia aku mungkin tidak akan melanjutkan pelajaran sejauh ini....terima kasih abah....sempena Ramadhan ini...aku akan menguatkan doaku supaya Abah sentiasa sihat dan sehingga aku dapat membahagiakn abah....

-------dari anak yang mengasihi dan menyayangi mu---------

Wednesday, July 7, 2010

:::SETAHUN DI BUMI ORANG:::

Bismillahirahhmanirrahim...

Benar kata orang,hujan emas di negeri orang,hujan batu dinegeri sendiri...dimana kita pergi..akhirnya pulang ke asal jua...begitulah aku..bersyukurnya menjadi rakyat Malaysia...bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk belajar di negara orang..iaitu di Makassar Indonesia=)......

Di sini aku belajar erti hidup....selama ini hidup di zone yang selesa dan sekarang hidup di zone yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan. Segalanya aku dapat di sini...belajar menguruskan iman sendiri tanpa bimbingan orang tua yang sangat aku kasihi....walaupun jarak lautan yang memisahkan kami,aku hanya mampu menggunakan teknologi untuk menghubungi mereka.

Tidak sabar rasanya mahu pulang!!! sangat excited! rasa nikmatnya bila berjauhan dengan orang tersayang. Barulah sedar bertapa kita perlu bersyukur dengan hidup ini....

Dari hanya memikirkan diri sendiri,hidup di sini mengajar erti menyayangi insan yang bernama manusia, tidak kira miskin atau kaya..walaupun kehidupan di sini tidak seberapa, namun ia sangat menjadikan aku seorang yang benar-benar bersyukur..

10 hb ni,kami akan berpindah dirumah baru...setelah setahun ditempatkan di rumah pelajar-pelajar yang baru nak menyesuaikan diri di Makassar..dan pada 14hb aku akan pulang ke Malaysia setelah setahun di sini...alhamdulillah...




Friday, June 11, 2010

Aku musafir........


aku tetap aku....
Tapi kini aku telah berubah....
berubah untuk menjadi yang lebih baik....
aku tinggalkan hati-hati yang merubah aku dulu....
kini....
aku cuba mencari sinar baru....

aku tetap aku....
ku cuba mencari rakan-rakan yang seperjuangan denganku....
mencari rakan yang sealiran dengan pemikiran ku....
mencari rakan yang tahu akan tanggungjawa sebagai khalifah.....
mencari redha Allah bersama-sama tanpa melupakan aku....
aku perlukan teman-teman seperti itu....
semoga apa yang aku harapkan akan kekal begitu.....

aku tetap aku....
aku cuba kuatkan hati-hati ini untuk menerima ujian Allah....
persekitaran ku membuatkan aku kadang-kadang lemah tidak berdaya...
aku kuatkan hatiku dengan mendengar ayat-ayat mu Ya ALLAH....
aku kerapkan dengan zikir kepada Mu.....
Ya ALLAH.......kau lembutkan hati ini supaya kuat dengan qada' qadar MU....

aku tetap aku.....
tiap kali melangkah ke kelas.....
aku ,mesti mendengar suaramu.....
ayahanda bonda kau penguat ku...
kau sentiasa menyokongku....
suara mu seakan-akan pemangkin semangat untuk ku.....
kata-kata mu membuatkan aku sabar menjadi musafir di tanah ALLAH...
gelak tawa mu amat menyenangkan kalbu ku.......

aku tetap aku....
kekuatan ku memang mendapat dari Mu Ya ALLAH....
aku mahukan cinta yang diredhai Allah....
cinta yang menjadikan Aku kuat untuk lebih menyintai Allah...
kau datangkanlah kepada ku...
supaya aku menjadi insan yang lebih sempurna.......
janganlah kau menguji ku dengan ujian yang tidak mampu aku lakukan...
permudahkanlah aku menempuhi ujian-ujian Mu....
semoga aku menjadi insan yang lebih beriman dan sentiasa mencari redha Mu....
Amin Ya Rabb......aku tetap aku..

Friday, April 30, 2010

Bantimurung

BANTIMURUNG

ini lah bantimurung...terletak lebih kurang 1jam 30 minit dari tempat kediaman.....
kami bertolak kira-kira jam 7.00-7.30 pagi...
kebetulan pada hari itu...keluarga sahabat kami noraine datang ke makassar......
sangat seronok la bila jumpa orang yang datang dari malaysia...
boleh share cerita kat cni...
ade yg pahit....tapi ade jugak yang manis...
gambar yg diatas ni memang la sangat best...
air terjun memang sangat deras...sampaikan duduk ditepi-tepi pun boleh terkena tempiasnya..


tu gambar saya,natrah dan azurin=)
memang seronok sangat....
dengar deruan ombak...macam kat tepi pantai pula..
sejuk memang la sejuk...

derasnye.......

















hehehe....ni tangga untuk pergi ke gua..adelar dalam 800 meter if nak pegi gua tu....


best sangat leh tengok flora and fauna































memang cantik kan....subhanallah...

Allah menciptakan alam ini untuk tatapan hambanya......bukan untuk ditatap..tetapi untuk di kaji juga......
memang tidak terjangkau ilmu yang ALLAH limpahkan untuk hambanya...

kat cni disediakan kemudahan untuk pengunjung...

ni rakan-rakan seperjuangan....insya'allah doakan kami menjadi doctor yang beriman dan berilmu...amin...


sebelum masuk...kene byar dulu...=P
murah je...jangan risau...


ni katak yang saya suke..
penat kejar katak ni...
akhirnyer dapat gak snap gambar katak bulat ni..
heheheh