Tuesday, March 29, 2011

vacation to potundo

Assalamualaikum,saje ingin berkongsi cerita di Makassar.Setelah selesai final examination system Urogenitalia,bersama-sama sahabat mengambil peluang yang ada untuk meneroka bumi ALLAH yg Maha Luas ini.Alhamdulillah diberikan kesempatan waktu untuk mengunjungi Potundo yang terletak kira-kita 2 jam perjalanan dari tempat kami belajar.perjalanan yang dilalui sgt menyenangkan mata,seluas-luas tapak semaian padi terbentang luas sepanjang perjalanan ini.Potundo adalah kawasan yang masih kurang pembangunan,namun begitu tempat ini di jaga kebersihannya kerana dikhuatiri terumbu karang yang masih banyak di pantai tersebut akan mati.Tempat ini sngat bersih dan mmg sesuai untuk dikunjungi.....di sini juga terdapat berbagai hidupan laut yang boleh kita lihat banyak ditepi-tepi pantai,sgt takjub melihat kekuasaan ALLAH...semoga perkongsian ini dapat mengurangkan rase rindu keluarga di Malaysia dan juga sahabat-sahabat yang berada di Malaysia^^,......

Subhanallah,cantiknya ciptaan ALLAH!

Katakanlah, “Andaikata lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) Kalimah-kalimah Rabb-ku, niscaya benar-benar habislah lautan itu sebelum habis (dituliskan) Kalimah-kalimah Rabb-ku, walaupun Kami Mendatangkan bantuan sebanyak itu pula.”
(Qs.Al-Kahf 109)

Dan seandainya pohon-pohon yang ada di bumi menjadi pena dan laut dibentangkan (sebagai tintanya), sesudahnya ada tujuh laut lagi, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) Kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Qs.Lukman : 27)





besarkan starfish ini,sgt byk ditepi-tepi pantai.


yang ini starfish yg kecik pulak.comel kan?^^,


banyak sgt kat atas batu...


buat pengetauhuan,air kat cini sgt3 la jernih....


pokok bakau.....



first time snorkling!!! sgt best tgk batu-batu karang yg cantik-cantik dan ikan yg berwarna-warni^^,



ready...Gooooo!








rumpai laut~


jernihkan pantai ni:)









untuk tatapan family tercinta and semua^^,....tak sabar nak balik raya...semoga ALLAH permudahkan menjalani hidup di bumi Makassar ini demi menimba ilmu ALLAH:)

Wednesday, March 16, 2011

semoga hati-hati ini terus Kuat-Insya'allah

Wahai sahabat-sahabat ku
Keimanan adalah tunjang utama untuk meniti ujian
Ujian PENCIPTA adalah untuk hamba-hambnya yang beriman
Janganlah engkau berputus asa
Hidupkan lah hari Mu dengan zikirALLAH
Semoga hidup ini akan terus bermakna

Untuk sahabat-sahabat yang menempuhi cabaran belajar di Luar Negara
Tetapkan lah niat dan sentiasa bermohon Daripada yang Maha Berkuasa

Friday, March 11, 2011

Bila PENCIPTA kata jadi,maka jadila ia.



Subhanallah,bertapa dasyatnya Kuasa ALLAH,ALLAHu AKBAR!.sekelip mata sahaja ALLAH boleh menenggelamkan bumi ini.Kami dikejutkan dengan berita bahawa Tsunami yang berlaku di Jepun akan berterusan sehingga ke Utara Sulawesi dan papua dan akan dijangka membadai bumi Makassar ini pada jam 6.40p.m,kebetulan kami pelajar perubatan di Sulawesi Selatan ini juga di ingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.Pada ketika ini,Hanya pada ALLAH sahajalah kami berserah.

Melihat status-status di facebook menunjukkan manusia masih sedar akan kemurkaan ALLAH,ALLAH masih memberi manusia masa untuk bertaubat dan memberi waktu untuk melakukan ibadatnya.Namun,masih ada manusia yang melihat tsunami yang berlaku di Jepun hanyalah untuk negara Jepun,malah tidak rasa getir pun dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH.pabila negara mereka selamat dari malapetaka mereka gembira dan tidak memikirkan hikmah yang berlaku di sebalik kejadian ini.Malah terus hanyut dan mengulangi maksiat yang mereka rasa,mereka akan hidup lama lagi di dunia ini.Hatiku lirih melihat ada status yang masih sempat membuat senario ini sebagai lawak jenaka.Masya'allah,seperti tidak getir dengan malapetaka yang ALLAH telah turunkan.apabila bertanya kepada diri sendiri jika ALLAH menurunkan malapetakan ini di bumi Makassar ini,hati kecil ini akan takut kerana amalannya masih lagi sedikit.Tidak seperti sahabat-sahabat baginda yang telah di janjikan syurga kerana jihadnya kepada ALLAH dan rasulnya sangat tinggi.

Manusia hanya melihat perkara-perkara yang besar seperti ini,barulah manusia sedar akan kematiaannya.Namun mereka tidak takut dengan Maksiat yang dilakukan setiap masa seperti meninggalkan solat,tidak berpuasa di bulan Ramadhan,tidak membayar zakat,menyekutukan ALLAH,bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram,berzina,kenapa mereka tidak takut mati apabila melakukannya,kerana ALLAH tidak membalasnya pada ketika mereka melakukannya.Sebab itu manusia terus lena dan lena.Pabila manusia itu melakukan dosa sedarlah bahawa mati itu adalah paling hampir dengan kita.bukan sahaja seperti tsunami yang berlaku sekarang ini kita perlu ingat mati,tetapi ketika berniat ingin melakukan dosa juga kita perlu ingat mati.

Tahukah kita,mati adalah paling hampir dengan kita?.Tidakkah selagi hari-hari kita dipenuhi dengan keseronokan dunia dan kita akan lupa pada kematian.Saya teringat kata-kata seorang hamba,"bahwasanya kesihatan,kecantikan,kekayaan kita pada hari ini tidak akan menjaminkan kita akan hidup pada esok harinya".Ya ALLAH semoga kita bersama-sama mengambil iktibar dan back to the basic,yaitu kembalikan diri kita kepada PENCIPTA,semoga kita semua digolongkan didalan golongan Khusnul Khatimah.amin ya Rabb.

Tuesday, March 1, 2011

Odyssey Al Amin MATA HATI by Hijjaz.wmv




Pandangan mata menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yg hakiki
kalau hati itu bersih

Hati.... kalau terlalu bersih
pandangannya akan menembusi hijab
Hati.... jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak ALLAH
Tapi Hati...bila dikotori
Bisikannay bukan lagi kebenaran

Hati... tempat jatuhnya pandangan ALLAH
Jasad lahir...tumpuan manusia

Utamakanlah pandangan ALLAH
Daripada pandangan manusia