Friday, May 25, 2012

Kasih Sayang tak terhingga :)

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah....

Rindu yang ALLAH pinjamkan ini tidak ternilai harganya,Rindu pada Abah,Emak,kakak,Abang,saudara mara....
Doakan hamba yang hina ini kuat ya di Bumi ALLAH,cuma jarak yang memisahkan kita...

Tika melihat mereka mampu membeli apa sahaja yang di inginkan dihati,hati ini terus bersyukur...
Tika melihat mereka mampu pulang untuk bertemu orang yang di cinta,hati ini berkata sabar...

Doakan insan yang lemah ini kuat ya :)
 2 tahun lagi,Insya'allah tak sabar di berada di sisi emak dan Abah!

Haji Shafee Bin Miran terima kasih membesarkan saya,juga besarkan saya
Hajah Nadiah Binti Ngarapan terima kasih lahirkan saya,Insya'allah saya akan kuat seperti emak dan abah.

(sayang kamu kerana ALLAH,jumpa di Jannah ya nanti! )

"walaupun kamu tak memberikan harta,tapi kamu memberikanku Jiwa"

Wednesday, May 23, 2012

Apa kita nak lakukan kalau kita Jatuh?

(anak buahku sayang ^^, )

 Anak Kecil yang masih Putih perlu diasuh sebaik-baiknya,mereka tiada berdosa,tidak seperti kita yang terpalit dengan dosa-dosa!


Bittaufiq Wannajah fil imtihan!!! 


Pernah dengar Surah Ar-Rahman? 



Maka Nikmat-nikmat Rabb kalian yang manakah yang kalian dustakan? 
Fa bi ayyi ālā-i rabbikumā tukadz-dzibān (maka Nikmat-nikmat Rabb kalian yang manakah yang kalian dustakan), yakni Nikmat-nikmat Rabb kalian yang manakah yang kalian ingkari.(Ar-Rahman : 16) 


Malah dalam Surah ini,ayat ini di ulang-ulang dimana ALLAH menegaskan kita supaya tidak mendustakan nikmat yang DIA kurniakan,Maha Besar ALLAH,sangat menyayangi hambanya,bila kita baca setiap tafsir dari Ayat-ayat ALLAH, ALLAH sentiasa mengingatkan manusia!!!


Sebagai manusia biasa kadang-kadang IMAN kita dan atas dan kadang-kadang dibawah,bagaimana kita ingin mengekalkannya atau mengelakkan kita terjatuh dari nikmat IMAN?

Perkara yang kita perlu pastikan supaya ALLAH tidak menarik hidayah ini dengan :

1 )Solat diawal waktu
 tidak kesah la waktu itu kita tengah down ke,homesick kew,sedih sangt kew,tengah marah kew,dengar azan je terus buat,jangan tangguh-tangguh

2) Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Puasa  boleh mengawal nafsu kita,contohnya nafsu marah, dan perkara-perkara melalaikan

3) Jangan tinggal membaca AL-Quran walau sehari
Kalau da malas sangat bacalah beberapa ayat dan maksudnya sekali.Insya'allah kalau kita dekat dengan ALLAH satu hasta,ALLAH akan datang kita Berhasta,Kalau kita berlari kepada ALLAH,ALLAH juga akan datang pada kita lebih lagi!

4)Solat sunat Dhuha jangan tinggal

5) Baca Al-Mathurat

6) Berbuat baik kepada makhluk ALLAH, seperti Alam,manusia,haiwan

Insya'allah bila kita  lakukan ini kita meletakkan diri kita ditempat yang mana kita tak nak IMAN kita jatuh,biarlah kita mati pada Jalan ALLAH dan bukan pula pada Jalan yang ALLAH tidak redha :(

Tuesday, April 10, 2012

Usia semakin membuatkan ku Dewasa.Thank You ALLAH!


semoga hati-hati dipelihara oleh ALLAH swt

Allahuakbar!
Alhamdulillah,ALLAH memberikan segalanya yang terbaik buat hambaNya.Bersyukur kerana meningkatnya Usia semakin dekat diri ini padaNya bersama ujian yang diberikan supaya hati ini sentiasa dekat padaNya.Buat keluarga tercinta hadiah dari yang Maha Esa dan sahabat sahabat yang turut di beri pinjaman oleh ALLAH yang tidak lelah membentuk diri ini menjadi insan yang beriman dan tidak lupa kepada ALLAH.Aku akan menanti insan-insan ini di pintu syurga.Insya'allah!


Allah yang menentukan segalanya.kita hanya mampu merancang dan berusaha

Saturday, March 17, 2012

Bila kita cintakan ALLAH,ALLAH pasti ingat kita :)



Sobahul khair....

Sudah lama rasanya tidak berkongsi tentag nikmat ALLAH yang kita gunakan pada setiap saatkan.bila dikira-kira rugilah seseorang itu bila tidak berdakwah.Berdakwah walaupun tidak mampu kita cuba sedikit-sedikit walaupun sepotong ayat namun jika si pembaca mendapat kebaikan daripada yang di bacanya pasti memperoleh kebaikan daripada ALLAH.


sebarkanlah walau satu ayat...

Ceriteria ini berlaku beberapa bulan lepas.Allah nak melihat bagaimana sikap kebergantungan kita kepadanya.Heart rate increase,start dari naik teksi lagi ke lapangan terbang,bukan apa.lihat langit sangatla mendung.dalam hati ALLAH sahaja yang tahu supaya flight dari Tanahair tidak delay.Mulanya tiket yang mahu dibeli adalah keesoknnya hari nye ke Johor,kerana pasti tidaklah terlalu kelam kabut.Tapi bila ada seorang sahabat mengajak pulang bersama tiket dibeli pada hariitu juga,pasti seronokkan bila balik ramai-ramai ni :)...okeyla,nak dijadikan cerita,fliht kami delay dan kebarangkalian untuk sampai ke destinasi pasti tidak ontime.Sebagai orang Islam, doa adalah senjata paling tajam
dan kebergantungan kepada ALLah adalah tinggi.Malah sifat ini kita boleh lihat dari sifat Rasulallah dan para sahabat.kalau nak tahu macam mana hebatnya senjata orang mukmin....?

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS Ar-Ra'du ayat 28)

okeyla.setibanya di tanahair,melihat tangan dijam menunjukkan flight yang akan membawa pulang kenegeri masing-masing sudah close gated!!! berbekalkan tawakal kepada ALLAH kami berlari tanpa non-stop ke pintu perlepasan negeri! Breathing rate incease sebab sel-sel perlukan banyak oksigen kadar metabolisme meningkat menyebabkan peluh banyakla keluar kan.Increase coughing sebab nak maintainkan body stabil supaya lebih banyak oxygen masuk.Setibanya dipintu gate,gate da closed.....


"Assalamualikum,boleh kami tumpang tanya,boleh lagi tak kami naik flight?", sekejap ya ,saya tanya,jawap petugas yang menguruskan di gate yang dimana ticket akan di check sekali lagi sebelum penumpang dibenarkan bergerak ke pesawat.Alhamdulillah ALLAH izin petugas itu sangat baik.Kami menunggu dengan penuh debaran! Akhirnya jawapannya adalah Ya!!!..Alhamdulillah,kebetulan ramai yang satu flight dengan kami terlambat juga.sampai di flight, puji syukur tidak terkira kepada ALLAH,kerana masih memberi peluang hambanya supaya terus yakin dan tidak berputus asa!!!

Miracle!

Allah sangat sweetkan,jadi bersangka baiklah dengan ALLAH.Bila kita ingat ALLAH perkara yang sesukar manapun mampu kita hadapi.Thank you pada sahabat yang sentiasa mengingatku tentang Maha Besarnya ALLAH

"Aku adalah menurut persangkaan hamba-hamba-Ku, dan Aku bersama-sama mereka apabila mereka mengingati-Ku." (HR Muslim)
-Thank you ALLAH ♥ -

picture from,Herding Cats in Hammond River